Monday, November 18, 2013

Kusut

Kusut...
Sungguh aku kusut
Semua benda dirasakan tidak kena
Semuanya berbalik kepada rasa kesunyian dan kesepian..

Pada ketika ini mula berfikir
Untung mereka yang ada teman
Apatah lagi teman yang ingin mendengar
Segala keluh kesah, kusut masai di dalam jiwa

Aku tiada tempat untuk mengadu
Aku ini sendiri di kala ramai
Tetap sendiri
Akhirnya aku mengadu pada Tuhan
Moga dikurniakan hati yang tabah

Semakin sukar untuk aku mempercayai mereka yang ada di sekelilingku
Di depanku..
Manis umpama gula
Lidah tidak bertulang
Pijak semut pun tak mati
Di belakangku..
Merekalah manusia berhati syaitan
Memang besar syaitan yang bermaharajalela dalam diri


Salam Bicara...

Tuesday, November 5, 2013

Wahai Tuhan yang memberi rasa

Wahai tuhan yang memberi rasa..
Rasa ini sangat mencengkam hati...
Rasa ini sangat berat dalam diri..
Rasa ini sangat mengahntui diri...

Wahai tuhan yang memberi rasa..
Aku hanya mampu berbicara denganMu..
Kerana hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untukku..
Kerana hanya Engkau yang aku gantung hatiku..
Kerana hanya Engkau yang tahu gejolak diriku..

Wahai Tuhan yang memberi rasa..
Engkau tahu apa yang bersarang di dalam hatiku..
Setiap kali ku buka mata, tiada yang lain muncul, hanya dia..
Aku seringkali menafikan rasa ini..
Tetapi semakin dinafikan, semakin jelas dia muncul di depan mata..

Dulu aku hanya mahu sekadar cukuplah dapat mengagumi dia dari jauh..
Ya, aku membuat tindakan nakal dengan benar-benar melihat dia hingga dia tahu memang aku perhatikan dia..
Dan dia pun aku tahu melakukan tindakan yang sama kerana pandangan kami selalu bertembung..
Aku tak tahu apa yang dia rasa..
Tetapi,
Aku hanya mampu kagumi dia..
Kerana dia sudah dimiliki dan memiliki..
Memiliki segala apa yang dikatakan keperluan hidup..
Tetapi hari ini, bayangan itu sudah tidak mampu aku hapuskan dari mata ini..
Rasa untuk memiliki itu hadir dalam diri..
Kenapa aku harus terdera dengan perasaan ini..
Adakah aku terlalu mengikutkan perasaan..

Aku amat mohon perlindungan dariMu ya Allah..
Jika rasa ini membawa seribu kebaikan dan rahmat..
Engkau lorongkanlah jalan yang terbaik untuk kami..
Jika rasa ini membawa kepada kehancuran dan kemurkaanMu ya Allah..
Engkau gantikanlah dia dengan orang yang lebih baik..

Sesungguhnya,
Aku tidak mahu tertipu di dalam rasa hasutan syaitan..
Jika diikutkan rasa ini, dunia pun aku mampu tawan..
Tetapi aku memilih Engkau untuk pandu hatiku..
Kerana hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untukku..

Kepada dia yang berada di dalam mata dan hatiku..
Semoga sentiasa di dalam perlindungan Allah..
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita lalui..
Jika ada rezeki, kita akan bersatu hati..







Salam Bicara...

Saturday, December 29, 2012

Memori

Assalamualaikum...
kembali menulis di hari Sabtu terakhir tahun 2012...
harini rasa tertarik dengan sedutan ceramah di Radio IKIM.fm
menyebut berkenaan dengan doa selepas solat..
mohon ampun dan kesejahteraan pada Allah..
Untuk diri
Untuk ibu bapa
Untuk guru-guru
Untuk sahabat-sahabat dan rakan taulan
Untuk umat Islam samada yg hidup atau yg telah tiada..

Penceramah tersebut menekankan doa kepada guru-guru...
Dan guru yang paling utama untuk didoakn adalah guru yang mengajar kita mengenal Al-Quran..
Subhanallah...
Kalau bukan kerana mereka, pasti Al-Fatihah kita xkan betul sampai harini..
Dan ilmu tajwid Al-Quran bukan senang untuk di ajar...
Hanya guru yg benar-benar sabar sahaja yang mampu melembutkan lidah anak muridnya..

Tiba-tiba terimbau tok guru-tok guru mengaji dulu2..
Pok Tawang
Ayah wel tanjung
Ayah Hj Embong
Tok Ayoh

Semoga mereka sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah..








Salam Bicara...

Sunday, September 23, 2012

Terima kasih Allah

Salam Bicara...
Harini hari Ahad...
Satu lagi hari baru setelah berlalunya hari Sabtu..
Terima kasih Allah kerana masih menyambung nyawa pada hari ini...
Andaikata Allah menarik nyawa kita semasa kita tidur tadi, di dalam rupa yang bagaimana kita dikembalikan?
****seriau pulok bila mari mikir gini***

Terima kasih Allah...
Menyebut kata-kata ini seperti sebekum ini tidak pernah ucapkan kata2 sedemikian..
Kita biasa menyebut Alhamdulillah...syukur Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah..
Semuanya membawa kepada maksud yang sama..
Terima kasih Allah..

Sebagai menghargai ucapan terima kasih kita kepada Allah..
Mari kita lakukan sesuatu yg terbaik yg mampu kita lakukan pada hari ini..
Ianya mungkin perkara kecil tetapi kita tahu kita sudah melakukan perubahan yang lebih baik dalam hidup kita...
Abaikan saja kata mereka..
Yang penting hanya Allah sahaja yang tahu isi hati kita..



Saturday, September 22, 2012

Durian belanda

Durian belanda..2 biji rm15
Salam...
Tetiba je post gambo durian belanda...pehal?
Hehe...gembira sebab dapat buah yang besar sket..
Biasa kalau beli kat Pasar Payang dapat yang kecik je...
Pastu x banyak plak tu..
Ada hari ada stok, banyak hari xde stok..
Memang limited betul...
Buah ni stok untuk ayah..
Bagus untuk hidangan pesakit kanser..
Yang xkena kanser pun sangat2 dianjurkan makan buah ni..
Thanks to Akma Edayu sebab tolong carikan buah ni..
Lain kali nak mintak tolong lagi..
Dapat yang besar camni buleh la tumpang sekaki merasa..

Thursday, June 14, 2012

HILANG MADU, SEPAH DIBUANG, DI CARI PULA MADU YANG BARU

Salam Bicara...

ketika sedang memahami kehidupan, ada kalanya terkeliru dengan tahap sosial masyarakat pada hari ini..
kita beruntung kerana kita berada di Malaysia kita dilindungi undang-undang di atas perkara yang boleh merosakkan masyarakat...
jika sekiranya kerajaan kita mengamalkan sistem terbuka, entah apa akan jadi dengan masyarakat kita..
Walau bagaimana pun, ketirisan tetap berlaku...

saya masih sukar untuk memahami bagaimana seorang manusia melihat manusia yang lain hanya sebagai pemuas nafsu mereka..
mereka ini, adakah benar mereka adalah manusia ataupun binatang?
Atau...
Manusia yang bertopengkan syaitan??
Atau...
Manusia yang bertuankan nafsu??

Mereka ini punya anak perempuan..
adakah mereka ini tidak sayang kepada anak perempuan mereka?
kalau benar sayang, kenapa rosakkan anak orang...
bila sudah rosak, pandai pula melarikan diri..
bagaimana sekiranya apa yang berlaku pada hari ini, berlaku juga kepada anak kamu..
pandai pulak pada ketika itu cari orang yang buat onar itu, mungkin..

saya sebagai perempuan, tak tahu nak komen bagaimana..
saya hanya mampu mengucapkan, sungguh tidak disangka..
perempuan, hati mereka terlalu rapuh..
mudah terpesona dengan gemerlap cahaya..
hanyut dibuai rasa..
disebabkan kelemahan ini, mereka sering jadi mangsa..
tetapi mereka tidak selamanya rela menjadi mangsa..
mula mencari jalan untuk dibuat perhitungan..
pada ketika ini baru la sedar diri..
hilang madu, sepah dibuang...

tetapi amarah perempuan jangan dibuat main..
mereka yang jadi mangsa mungkin mendiamkan diri sekarang..
tetapi sudah pasti tidak akan ada doa yang baik-baik buat mereka..
doa itu diulang berkali-kali..
tungguuuuu..
Tuhan akan tunjukkan kuasanya..

buat masa sekarang..
hanyutlah kamu di dalam duniamu..
kita tunggu ketikanya, apabila buku bertemu dengan ruas..

walau bagaimanapun,
sebagai saudara seagama dan sebangsa denganmu..
diharapkan...
Semoga Allah sayang kamu..
Semoga Allah kurniakan hidayah..
Semoga Allah cuci hati, akal dan mindamu..

Kepada Allah aku berserah


Wednesday, June 13, 2012

Update blog via iPad2

Salam Bicara...

Ni bahagian test run gajet lama tapi versi baru



Ooo...barula paham camne nk upload gambar dari iPad ke blogspot..
Sebelum ni tercari2 cara2nya...
Sekarang dh jumpa dh...

Ok...

Caranya : pastikan install app Photobucket for iPad..



Sunday, May 6, 2012

maggi oh maggi


di saat ramai yg tergilakan maggi ketam...
kita masih belum teringin nak rasa..
kita masih suka masak n makan maggi mcm gambar kt atas ni...
kadang-kadang..
best jugak pekena maggi
apalagi kalau time hujan, lagi best..

apa lagi...
kalau terliur, masak sendiri ye..
2 minit jeee...
Ngeh...Ngeh...Ngeh...

Sunday, March 27, 2011

Kisah banjir di Taman Dalya pada pagi 25 Mac 2011


Semenjak seminggu yang lalu, Kuala Terengganu dilanda hujan yang kadang kala renyai dan kadang kala lebat (dh mcm ulasan pengkaji cuaca punya ayat)...Sekarang ni bulan Mac, kalau ikutkan dah habes musim hujan kat Terengganu ni...Tetapi setelah mengambil kira kejadian Tsunami di Jepun, gempa bumi di Myanmar, nak tak nak kena redha la musim sekarang sudah tidak mengenal waktu....boleh dikatakan sekarang ni setiap hari Kuala Terengganu dilanda hujan...

Pada malam 24 Mac baru-baru ni, hujan ula turun lebih kurang kol 9 lebih....dlm kol 10 lebih hujan makin lebat....disebabkan pengalaman-pengalaman dulu, dh jadi macam fobia kalau hujan lebat ni...huh.risau..bukan risau apa, risau banjir laa...penanda aras kawasan rumah akan dinaiki air adalah longkang besar sebelah rumah...jadinya dalam kol 11 lebih longkang dah penuh lebih dari separuh...hujan pulak sekali sangat lebat, lepas tu slow sekejap tetapi tetap lebat...dalam kol 12 lebih longkang dh nk penuh, hujan pun ada tanda2 mcm nk slow...x habes2 doa ni harap2 berenti nihhh...sudahnya, dalam kol 1 pagi datang sekali lagi hujan lebat....hmmm, x de ape laa...air selamat memasuki kawasan rumah...

Kalau ikut jadual, saya patutnya ke Langkawi pada malam tu, tapi memandangkan ayah x berapa sihat, saya batalkan perancangan tu...tapi nampaknya perancangan Allah rupanya lebih besar dari segala-galanya....Macam biasa, tugas-tugas mengemas rumah sebelum rumah dinaiki air....kemas semua karpet2, brg2 semua letak kt tempat lebih tinggi...bawak keluar kereta..(yg kancil x hidup sbb dh lama x start enjin)...kebetulan pulak ank2 abg him ada tido kt umah dan biasanya dorg suka tido kat bwh depan tv...malam tu yang mana boleh angkut naik atas, angkut je...yamg mana boleh gerak, terus gerakkan supaya tido kat atas....

air yang masuk dalam rumah x de la tinggi sangat....hapus satu anak tangga je...kalau ukuran badan dalam sekerat betis...dalam kol 2 lebih hujan pun makin lama makin slow, dh x lebat dh...bila dh x lebat, air pun beransur-ansur surut...mata pun dh ngantuk dalam kol 3.30 pg naik atas lelap mata...esoknya plak operasi basuh rumah....hok ni letih sket ni...nasib baik kali ni air x campur ngan selut jadi x dela payah sangat nak mengganyos...

okla, kepada abang2, kakak2 dan adik...kat bawah ni ada gambor2 kenangan (kenangan ke??...okla, kenangan yang menakutkan ni) banjir kat taman dalya...



Meja makan kat dapur


perati baek2...hapus satu anak tangga okeyh!!



kerusi kat ruang tamu...kami x expect akan tinggi tu yg kusyen sampai letak kt atas meja je...


lantai dh x nmpk dh...


Kerusi meja makan kt ruang tamu..

Kat umah sekarang ni sudah kembali seperti biasa....cuma kita x hampar karpet je....sebab kena berjaga2...mana tahu air naik lagi, jenuh pulak nak simpan...jadi simpan dulu buat sementara....mak ada cakap nak beli tikar macam tikar sarawak, senang sket katanya....senang nak angkut simpan...well222, karpet berkeping2, takkan nak simpan je...ok, that's all...~end of the story~

Salam Bicara...

Saturday, March 19, 2011

Bacaan Yaasin untuk ayah

Petang tadi selepas solat jumaat, telah diadakan satu majlis tahlil dan bacaan Yaasin untuk kesejahteraan mak dan ayah dan juga kepada mereka yang telah dulu meninggalkan kami dengan disertai oleh kami anak-anak yang berada di Terengganu...Mohon maaf kepada abang-abang, kakak-kakak dan adik yang berada di Kuala Lumpur kerana tak dimaklumkan tentang majlis ini.
Majlis ini telah disusun atur oleh Abang Cher dan bacaan Yaasin diketuai oleh Abg Tor...Yang lain tolong sket sket je..

Ternyata ada sebak yang berkunjung ketika bacaan doa dilafazkan oleh seorang anak yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa.

Beberapa kali terhenti bacaan doa tersebut.

Beberapa kali...

Ayah juga terharu kerana sepanjang bacaan tersebut ayah hanya mampu mendengar..

Kerisauan semakin berganda sekarang kerana pada hari Khamis, sehari sebelum majlis, ayah jatuh pitam di dapur pd jam lebih kurang 7.00 pagi...Kebetulan saya terdengar ada kaca pecah datang dari dapur, berlari pergi tengok...terus nampak ayah jatuh tertiarap dekat dengan almari...dipanggil 'ayoh' beberapa kali, panggilan tidak bersambut...digerak-gerakkan tubuh, tidak bergerak...senyap...panggil lagi dan lagi akhirnya keluar bunyi seperti suara dari dalam tekak dan berlaku pergerakan tubuh tapi ayah masih belum pusingkan badannya...bila dah berbunyi macam tu, bergegas cari mak di tingkat atas...seketika kemudian setelah mak turun ayah dah boleh pusingkan badan dan dah boleh bercakap macam biasa.....Allah Maha Kuasa....alhamdulillah Ya Allah...serasa segala lemah semangat saya hilang masa tu....bila ditanya pada ayah ada pening2 ke, dia jawab tak tahu...yang dia tahu dia sudah rebah..

Ok, berbalik kisah hari Jumaat....Setelah habis tahlil, bacaan Yaasin dan bacaan doa, kami makan nasi minyak yang dibuat oleh siapa lagi kalo bukan tauke nasi minyak John...

ni la dia gambar sedikit sebanyak semasa majlis tersebut....gambar masa bacaan Yaasin sorry r lupa nk amek..


Bestnya Mat Den bleh makan Nasi Minyak ork...



Aleeya comey ngguh aritu pakai tudung...ge anok patung gerok...


Bergambo skali ngn ank patung Incek Musa...


Sepupu2 ni sembang mende x ahu...si Liya duduk simpuh molek tuu...


Ayah masih berselera menjamah nasi...tapi pada haritu ayah x makan nasi minyak...mak buatkan nasi putih yang lembik sket sebab ayah nk mcm tu....ayah cakap nasi minyak keras, x blh nk kunyah...
cuba tengok mata ayah...mata ayah dah x boleh buka...kalau nak tengok betul2, ayah kene angkat kelopak mata...baru nampak...ayah sekarang masih lagi bersungut mata dia sakit...dh x tau nk buat mcmana...haritu kelopak mata dia bengkak, tp skrg dh ok...

Harapan kami semoga ayah terus diberi kekuatan untuk meneruskan hidup dan moga penyakitnya dialih oleh Allah Yang Maha Kuasa.

Salam Bicara...

Thursday, December 30, 2010

terima kasih semua!!!


Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya pada tengah malam esok...
sebelum melangkah ke tahun 2011, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yg sudi berkunjung ke blog aku yang ikut dan je nk tulis hape...kekeeeke..


permulaan aku buat blog ni memang x de motif pun...x tau nk cakap pasal ape...kadang2 tu ade idea nk tulis, masa plak x de...kdg2 tu byk masa free, idea plak x dtg nk menulis...walau hakikat sebenarnya tujuan utama buat blog ni sebab nk tajamkan skil penulisan...hehehehhee (cam hebat beno...sila gelak heh)...dan jugak disebabkan suka beno membaca blog2 yg ada d serata internet ni, maka link blog tersebut dimasukkan ke blog ni supaya mudah nk rujuk balik...


hari ni tiba2 mcm ade masa sket nk belek2 balik blog ni....bla pergi kt dashboard aku slalu check bahagian Stats..(stats ni kene install dlu br keluar mcm gambar kt bawah ni...kalo basic dashboard mmg x de Stats ni..)





g install Stats ni saje je laa nak tahu ade ke orang berkunjung kat blog aku ni...abes2 kuat pun aku ase aku sorg je yg tulis dan baca ngn apa yang aku tulis...(dan jugak copy artikel yg best2)..bla tekan je Stats tu, skali haaa...keluar camni...


ramai jugak rupanya yg datang berkunjung....owh...terima kasih banyak2222..since may 2010-december 2010 dah 186 pengunjung....malu la plak sbb entri-entri aku ni x berapa proper pun sebenarnya...terima kasihhh banyak2..dr macam2 negara datang berkunjung...walau tidak dkenali, terima kasih kerana sudi berkunjung...


dan jugak dari pelbagai sumber rujukan, samada networkblog, google....etc...thanks a lot...


dan terima kasih kerana sudi klik posting kuih ambon merekah sbb posting ni plak jadi bacaan ramai...


bila ade Stats ni rase mcm best la plak blogging nih...
bukanla nk cakap dlu2 tu x best...tapi bla ade Stats ni lebih jelas, terang dan nyata....aku x suka r kalo mcm awang2an...x nmpk hitam putih..
jadi lepas ni nk jadi lebih serius ahhh...
nanti aku cuba update blog ni dengan lebih kerap lagi...
jadi mungkin juga kita boleh berkongsi ilmu dan buah fikiran dengan kamu semua...
tapi fokus masih lagi cerita yang berlegar di sekeliling diri ini dan jugak apa2 yg aku nk kongsi ngn korang ahh..
jadi nantikan kemunculan posting terbaru....(ngehhhehhee....mcm teaser filem la plak...)

**TARGET 2011 NO 1...KENE RAJIN UPDATE BLOG***..(gila terus buat azam...)

okla....buhbye...

*p/s : nk ke Stats camtu....aku dh lupa r address dia....seriyes lupa..tapi blh try kat sini...http://statcounter.com/



Salam Bicara...

Thursday, September 30, 2010

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Pernah dengar x peribahasa kt atas tu...
Ya, benar...ini adalah cerita tentang kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Hari ini aku mula mengenal sejenis golongan manusia...
Yang kadang agak sukar diterima akal di atas kelogikan tindakan...
Yang nyata, tindakannya menjejaskn penghormatan org lain kpd kerjayanya yang mulia..

Dahulu, aku antara yang optimis bahawa mereka yang sebegini punya prinsip...
Tidak akan menjual diri dengan sebegini murah..
Tidak akan rela diri dihenyak walau dilayangkan kertas berwarna warni..
Apatah lagi meminta untuk diberi kertas berwarna warni itu...

Pernah dulu aku berkata, jika mereka melalui situasi yg sama...
"dalam ramai-ramai adala sorg 2 yg mcm tu....x kan semua yang kita terima tu molek belaka.."
Tetapi bila diri ini berhadapan dengan yg "seorg 2" itu...
Boleh dibuat kesimpulan, bahawa kelompok mereka kini sudah bukan "seorg 2"...
Sudah membiak, beranak pinak, mungkin jugak bercucu...
Semakin ramai...
Masya allah...

Jika amanah digadai dan sengaja dijual sewenang2nya, tunggulah kepada kehancuran masyarakat...
Mungkin juga rahmat juga Tuhan tidak bersama kita lagi...
Jika rahmat Tuhan sudah ditarik, jangan diharap pada belas ihsan manusia lain...
Kerana manusia ketika itu akan menjadi lebih jahat dari syaitan...

Sungguh...aku kecewa...
Hari ini aku sangat marah...
Jika di dalam rahsia Tuhan, pada hari ini, orang itu menemui ajal...
Maafkan aku...ruang untuk memaafkan kamu tiada dalam hati ini...
Bukan hari ini untuk maafkan kamu....aku perlu masa...
Bukan berdendam cuma kecewa...

Sungguh....Nabi pun ampunkan umat...
Tetapi kerana yang satu ini aku pasti...
Belum tentu Nabi ampunkan umatnya seperti ini...
Menghancurkan masyarakat dengan sengaja...
Dengan tiada langsung rasa bersalah dalam diri...

Kepada dia sijahat itu...
Jika apa yg dibuat masih menjadi amalan...
Sila bukakan hati untuk menerima doa yang buruk2 tentang kamu..
Mereka mendoakan keburukan buat kamu sesungguhnya hidup tidak akan tenteram..
Jika masih ada rahmat Tuhan pada kamu...
Semoga diberikan hidayah buatnya dan menginsafi perbuatannya...

Salam Bicara...

Friday, August 13, 2010

nanyang jadikan singapura sebagai kiblat

AKHBAR Nanyang Siang Pau keluaran 3 Ogos 2010 (lihat Utusan Malaysia 11 Ogos) telah menyeru Malaysia supaya memandang ke Singapura dalam usaha membantu kaum yang lemah. Lebih tepat ialah kerajaan Malaysia hendaklah mengamalkan sistem persaingan dan bukannya kroni dalam pembangunan ekonomi dan pelajaran.

Nanyang berpendapat menerusi sistem ini Malaysia akan menjadi maju seperti Singapura.


Hakikat yang mesti diterima ialah Malaysia tidak akan mencapai kemajuan yang seimbang seperti sekarang tanpa beberapa keistimewaan kepada Bumiputera dan tanpa Dasar Ekonomi Baru yang dinamik oleh kerana orang Melayu sememangnya manja dan malas seperti yang dicatitkan dalam tulisan Nanyang itu.
Kemanjaan dan kemalasan ini terbentuk oleh persekitaran negara yang makmur dan kaya, cukup makan dan pakai dengan kangkung tumbuh sendiri di depan rumah, sawah padi di belakang rumah dan ikan di sungai dan di lautan.
Orang Melayu hidup mudah sejak sebelum kedatangan penjajah lagi. Tidak seperti kaum pendatang dahulu yang datang dari alam persekitaran negara yang menyebabkan mereka terpaksa berkerja keras dan bermati-matian untuk hidup.
Maka mereka menjadi semakin industrious, lebih kreatif dan inovatif apabila berhijrah kerana melihat peluang yang terbuka luas yang tidak diteroka dan dipersiakan oleh anak tempatan.
Pendatang awal ini kemudiannya menyampaikan cerita ke tanah air mereka bahawa emas boleh dikutip di tepi jalan di Tanah Melayu menyebabkan semakin ramai orang Cina berhijrah ke negara ini di zaman penjajahan British.
Orang Melayu memandang rendah kepada orang Cina yang menjadi pekebun sayur, penjaja, peniaga kecil, pelombong dan anggota kumpulan samseng tanpa menyedari bahawa mereka membina rangkaian kekayaan penjajahan ekonomi yang lebih dahsyat daripada penindasan British.
Bagaimanapun peluang pelajaran di bawah dasar drastik kerajaan Malaysia yang memikirkan keseimbangan ekonomi diperlukan untuk menjamin ekonomi orang Cina tidak diganggu-gugat oleh orang yang miskin, telah membangunkan generasi Melayu baru yang sedar dengan nilai-nilai yang seharusnya ada untuk hidup dalam masyarakat berbilang kaum.
Kesedaran menerusi pelajaran inilah yang merasionalisasikan sikap orang Melayu dan memberikan sumbangan ke arah menstabilkan dan mententeramkan masyarakat Malaysia berbanding dengan sebelum peristiwa 13 Mei 1969 sekalipun isu yang dibangkitkan sekarang ini adalah lebih panas dari isu-isu yang pernah dibangkitkan sebelum peristiwa itu.
Jika kehidupan mereka tidak distabilkan maka jalan yang mudah bagi anak negeri ialah merompak harta orang Cina bagi kehidupan mereka. Kerajaan memikirkan langkah ke arah mengubah kehidupan mereka menerusi pelajaran dengan dasar kroni perlu disegerakan kerana orang Cina sebelum Merdeka tidak pernah memikirkan bahaya kepada hak mereka mencari makan kecuali selepas 13 Mei.
Pencapaian kemajuan Bumiputera di Malaysia telah diakui oleh Bank Dunia sendiri suatu masa dahulu sebagai begitu cepat dan masih tidak dapat dicapai oleh Bumiputera negara negara lain yang juga ada masyarakat Cina. Contohnya jelas dapat dilihat di Thailand, Indonesia dan Filipina.
Pencapaian pelajaran dan ekonomi orang Melayu setakat ini telah memberikan peluang kepada orang Cina dan Melayu sendiri untuk terus bebas berpolitik, berniaga dan bersekolah tanpa diganggu-gugat oleh orang Melayu yang miskin kecuali oleh orang Melayu dari negara jiran yang datang menyamun dan merompak dan mengancam kehidupan mereka.
Ini harus menyedarkan orang Cina tentang bagaimana jika banyak anak negeri ini sendiri yang miskin.
Ancaman konfrantasi Indonesia sendiri telah menggerunkan orang Cina dan menyebabkan mereka memberikan sokongan yang kuat kepada kerajaan BN dalam pilihan raya 1964 tetapi mereka cepat melupakan sejarah kerana perasaan perkauman dan bukan kerana perasaan kebangsaan.
Nanyang mengambil contoh keyakinan Melayu Singapura untuk hidup bersaing dengan kaum lain dengan memetik tulisan Editor Berita Harian Singapura, Guntor yang memuji Singapura kerana membantu Melayu tanpa menjalankan polisi memberi tongkat tapi siapa bijak akan diangkat.
Malaysia menggunakan dasar yang berbeza oleh kerana dasar asas Singapura berbeza dengan Malaysia.
Sebaik sahaja Merdeka, Singapura mencantas cauvinisme kaum terbesar di negara itu iaitu kaum Cina dengan menutup institusi-institusi kebudayaan utama Cina iaitu sekolah-sekolah rendah dan menengah Cina dan universiti teragung Cina (Nanyang University dan Nge Ann College) yang berkesan sekali dalam menghapuskan kesetiaan kepada negara Cina dan fanatisme kepada budaya Cina.
Sikap orang Cina Singapura berbeza dengan sikap orang Cina Malaysia. Oleh kerana itu jugalah masyarakat Cina Malaysia tidak begitu dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat Cina Singapura.
Di Malaysia kerajaan tidak bertegas dalam dasar pelajaran, tunduk kepada kehendak masyarakat Cina untuk mengekalkan institusi pelajaran mereka yang bererti membiarkan usaha untuk menyuburkan perasaan kecinaan di kalangan masyarakat Cina Malaysia.
Suara-suara yang bersifat kecinaan di negara ini masih terdengar dengan bantahan terhadap kerajaan kerana tidak membantu sekolah Cina dan juga mengutamakan Sekolah Kebangsaan.
Mereka tidak faham erti kebangsaan kecuali yang sesuai dengan cauvinisme Cina.
Kenapa Nanyang tidak mahu menunjukkan betapa tegasnya Kerajaan Singapura dalam menentang desakan seumpama ini sejak awal kemerdekaannya.
Kenapa Nanyang tidak menyeru supaya kerajaan Malaysia memandang ke Selatan dalam soal ini?
Di Singapura tidak ada perasaan ketakutan orang Melayu kepada kaum lain untuk menjadikan Singapura sebagai negara Cina tetapi di Malaysia, inilah yang diperjuangkan oleh masyarakat Cina.
Benar kata Guntor beliau tidak perlu menghunus keris untuk dapatkan kuasa di Singapura, tetapi tingkah laku kebanyakan orang Cina Malaysia yang kecinaan menyebabkan orang Melayu terpaksa mengingatkan mereka bahawa negara ini perlu terus berkeris.

Tan Melaka

Putrajaya

petikan Utusan Malaysia 14/8/2010




Salam Bicara...

Monday, May 31, 2010

3 kisah : ritual tanpa spiritual, obsesi diri dan mencari senang di dalam senang

1. RITUAL TANPA SPIRITUAL

Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar dengan seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana sahaja ketua sami pergi, sikucing akan ikut bersama. Keadaan ini menimbulkan masalah pada ketua sami, terutamanya apabila dia hendak menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. Konsentrasi ketua sami terganggu apabila kucing kesayangannya itu mengelus-ngeluskan badan dan kepala ke badan dan tangannya.

Setelah berfikir untuk mencari jalan penyelesaian kepada gangguan itu, akhirnya ketua sami mendapat satu ikhtiar. Setiap kali ketua sami ingin melakukan penyembahan di tengah kuil, ia terlebih dahulu mengikat sikucing di sebuah tiang di tepi kuil tersebut. Kucing itupun tidak dapat mengganggu lagi, dan ketua sami dapat menumpukan seluruh perhatiannya kepada upacara penyembahan itu.

Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu, dan bulan demi bulan… Setiap kali hendak melakukan upacara penyembahan, ketua sami akan mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama. Perlakuan ketua sami itu selalu diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya. Itu sudah menjadi rutin harian yang mereka lihat berulang-ulang kali. Setiap kali ketua mereka hendak menyembah berhala besar, kucingnya akan ditambat di tiang sebelah kuil tersebut.

Beberapa tahun pun berlalu… ketua sami tiba-tiba jatuh sakit dan tidak lama kemudian dia terus meninggal dunia. Ketua sami yang barupun dilantik untuk mengepalai upacara penyembahan berhala besar secara tradisi. Begitupun, setiap kali ketua sami yang baru hendak menyembah berhala yang besar di tengah kuil, beliau akan mengikat kucing kesayangan ketua sami yang lama pada tiang di sebelah kuil seperti kebiasaannya. Begitulah berlaku berulang kali, beberapa lama.

Tidak berapa lama, kucing kesayangan ketua sami lama itupun mati. Ironinya, ketua sami yang baru segera mencari kucing baru sebagai pengganti kucing lama untuk diikat pada tiang pada setiap kali ia hendak menyembah berhala. Begitulah rutin itu silih berganti, bertahun-tahun. Kucing baru dan ketua sami baru datang dan pergi silih berganti. Dan berpuluh-puluh tahun kemudian terciptalah satu ritual dalam agama tersebut bahawa jika ketua sami mereka hendak menyembah berhala mestilah dicari terlebih dahulu seekor kucing untuk ditambatkan pada tiang kuil di sebelah kuil tersebut!

Pengajaran:
Sering berlaku di dalam ajaran mana-mana agama (termasuk Islam), amalan-amalan ritual yang sarat dengan nilai-nilai spiritual telah terlindung oleh sikap ‘taklid’ secara membuta-tuli. Penganut agama yang di belakang hari, kerap mengikut secara Pak Turut tanpa mengerti sebab dan tujuan sesuatu amalan itu dilaksanakan. Tanpa disedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat. Suatu amalan dibuat tanpa penghayatan dan pengertian lagi. Al hasil, ia tidak merubah perlakuan daripada buruk kepada baik.


2. OBSESI DIRI

Seorang guru berkata kepada beberapa murid kanannya, “aku ingin melihat sejauhmana masyarakat percayakan aku.”
”Bagaimana caranya tuan guru?,” tanya anak-anak muridnya itu.
”Kau sebarkan berita yang aku telah berkata bahawa akan muncul seekor binatang besar di hujung kampung kita pada hujung minggu ini!”

Tanpa banyak soal, anak-anak murid tersebut pun ke luar ke seluruh pelusuk kampung menyebarkan berita yang mengatakan tok guru mereka meramalkan akan keluar binatang besar dari hujung kampung tersebut.
”Sebesar mana?” tanya orang kampung.
“10 kali ganda seekor gajah,” jawab salah seorang anak murid itu.
“Setinggi mana?”
“Setinggi bukit,” kata anak murid yang lain menambah-nambah.
“Matanya bersinar merah. Nafasnya berapi-api.”
Yang sejengkal jadi sehasta, yang sehasta menjadi sedepa. Dari mulut ke mulut berita tentang akan munculnya binatang besar itu menjadi tambah sensasi. Ada sahaja ‘edisi’ tambahan yang bukan sahaja datang daripada anak murid tok guru tetapi juga daripada orang kampung sendiri.

Hampir tiba hujung minggu yang dimaksudkan, seluruh penduduk kampung pun keluar beramai-ramai untuk menanti kemunculan binatang besar yang diramalkan. Masing-masing dengan persediaannya. Begitu meriah sekali. Mereka berarak ke hujung kampung beramai-ramai. Bersorak dan melonjak-lonjak, seakan berpesta.
“Tuan guru, mengapa tuan ikut serta dalam perarakan ini?” tanya seorang anak murid apabila melihat gurunya turut serta dalam perarakan orang kampung.
“Kenapa, tak boleh?”
“Eh, bukankkah tuan guru hanya mengada-ngadakan berita tentang kemunculan binatang besar ini?” balas anak muridnya seakan berbisik. Takut kedengaran pada orang lain.
“Ya, begitulah pada mulanya. Tetapi apabila ramai orang mula mepercayainya dan bersedia… terfikir pula olehku, manalah tahu berita ini benar-benar akan terjadi?” Murid-murid rapatnya kehairanan… Mereka benar-benar takjub, apakah berita tipu yang dicanangkan oleh tok guru itu turut menipu tok guru itu sendiri? Pelik!

Pengajaran:
Takjub pada diri sendiri menyebabkan ramai orang buta pada kebenaran. Sentiasa ada justifikasi yang datang dari dalam diri sendiri untuk mentafsirkan sesuatu mengikut apa yang diingini terjadi dengan menafikan realiti. Sudah hitam, masih dikatakan putih. Hanya kerana ego dan obsesi diri. Bukan berfikiran positif, tidak juga oleh kekuatan jiwa… cuma melampiaskan mimpi di persada ilusi.


3. MENCARI SENANG DI DALAM SENANG

Diceritakan satu malam, Ibrahim Adham, seorang raja sedang beristirehat di atas tilam empuk dalam istananya. Baginda bersenang-senang sementara menunggu melelapkan mata. Tiba-tiba terdengar seseorang sedang bergerak-gerak di atas syiling istananya. Makin lama, makin kuat kedengarannya.
”Siapa di atas tu?” bentak Ibrahim Adham.
“Saya, pengembala kambing…”
Kedengaran satu suara menjawabnya dengan jelas.
”Apa yang kau buat di atas atap istanaku?”
“Aku mencari kambingku yang hilang,” jawab suara yang tidak kelihatan itu lagi.
“Cis, pelik sungguh. Masuk akalkah kau mencari kambing yang hilnag di atas atap?”
“Begitulah wahai Ibrahim… adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilammu yang empuk itu. Itu samalah dengan mencari kambing yang hilang di atas atap!”

Diberitakan, selepas insiden itu Raja Ibrahim Adham tersedar daripada kelalaiannya. Suara itu menyentak kelalaiannya dalam buaian nikmat tanpa memikirkan kesusahan rakyat. Tidak lama selepas itu, baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepada orang kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi. Bertahun-tahun berjuang mendidik diri, derjat ketaqwaan meningkat hingga terkenallah baginda seorang seorang waliullah yang tersohor.

Pengajaran:
Tidak ada jalan mudah untuk mendapat kebahagiaan dan kejayaan abadi. Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan. Iman dan ujian, sentiasa lazim berlaziman. Tidak ada ganjaran tanpa ada kesusahan. Sebaiknya, hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi kesenangan yang abadi di syurga.

Salam Bicara...

Kisah si Luncai setelah terjun dengan labu-labunya

Keceluparan kerapkali mengundang bencana. Kata pepatah, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Terlajak perahu boleh dibelok, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah yang terjadi pada Si Luncai. Akibat kata-katanya, dia dimurkai raja.

Apa tidaknya, ketika menghadap raja, terluncur kata dari mulutnya bahawa muka raja mirip wajah arwah bapanya. Raja yang zalim itu terasa dipersendakan. Baginya, mukanya tidak sekali-kali boleh disamakan dengan rakyat biasa … apatah lagi dengan muka arwah bapa Si Luncai yang miskin dan dipandang hina itu. Tanpa mempertimbangkan perkara ini dengan adil dan teliti, raja pun menjatuhkan hukuman. Penghinaan Si Luncai mesti dibayar dengan nyawa. Dan untuk itu, Si Luncai dihukum bunuh secara dicampakkan ke tengah laut.

Namun Si Luncai bukan anak sembarangan. Yang miskin cuma hartanya, bukan minda dan ketangkasan fikirannya. Otaknya bergeliga dengan pelbagai taktik licik untuk menyelesaikan masalah. Walaupun telah dihukum mati, Si Luncai tidak panik. Sebelum dia dibawa dengan sampan untuk dicampakkan ke tengah laut, dia sempat membeli sebiji labu besar. Sejak itu dia menangis berhiba-hiba sambil mengusap-usap labu itu.

Selang beberapa ketika, dua orang pengawal istana pun tiba untuk melaksanakan hukuman. Dengan senjata yang lengkap, mereka berdua bersedia untuk membawa Si Luncai dengan sampan untuk dihumban ke tengah laut. Menyedari kedatangan pengawal itu, Si Luncai pun tambah beria-ia menangis sambil membelai-belai labu airnya. Melihat telatah Si Luncai, dua pengawal kehairanan lalu bertanya, “Kenapa kamu menangis dan memeluklabu ini?”
Si Luncai pun menjawab, “Hamba terkenangkan arwah bapa hamba, bukankah hamba akan berjumpanya sebentar lagi.”
Melihat perilaku Si Luncai itu, kedua-dua pengawal berasa kasihan. Mereka pun membenarkan Si Luncai membawa labu itu bersama dalam sampan untuk menuju ke tengah laut. Sewaktu mereka sedang mengayuh, Si Luncai pun memulakan strategi untuk menyelamatkan diri. Dia berkata, “Sebelum hamba mati, bolehkah tuan hamba berdua menunaikan hajat hamba?”
Seorang daripada pengawal itu menjawab, “Boleh jika hajat itu tidak berat.”

Si Luncai gembira seraya berkata, “Memang tidak berat. Tuan hamba berdua hanya perlu menyanyi satu lagu untuk hamba.”
“Lagu apa?” tanya kedua-dua pengawal itu.
“Mudah sahaja, pengawal yang duduk di belakang hamba hendaklah mengulang kata yang begini, Si Luncai terjun dengan labu-labunya … Manakala tuan hamba yang di hadapan pula membalas, Biarkan, biarkan … .”
“Baiklah,” jawab kedua-dua pengawal itu tanpa mengesyaki apa-apa.
Mereka pun sama-sama menyanyi.
Si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Biarkan, biarkan … .

Senikata itu dilagukan berulang-ulang serentak dengan kayuhan sampan. Semakin lama semakin rancak. Setelah agak lama, kedua-dua pengawal itu semakin terleka. Pada saat itulah Si Luncai pun terjun dari sampan untuk menyelamatkan diri. Melihat hal itu, pengawal yang di belakang segera memberitahu kawannya yang di hadapan, “Si Luncai terjun dengan labunya!”

Malangnya, pengawal di hadapan terus menjawab, “Biarkan, biarkan…” Dia menyangka, pemberitahuan itu masih lagi sebahagian senikata lagu yang mereka nyanyikan sebelumnya.

Setelah Si Luncai jauh berenang menyelamatkan diri, barulah pengawal dihadapan itu menyedari kejadian sebenarnya. Tetapi apa boleh buat, Si Luncai telah berjaya menyelamatkan diri. Mereka pun pulang tanpa memberitahu raja hal sebenarnya. Apa tidaknya, jika silap perhitungan, mereka pula akan dihukum. Si Luncai yang telah selamat daripada lemas, lari menyembunyikan diri. Namun dalam hatinya menyimpan dendam yang sangat mendalam kepada raja yang zalim dan angkuh itu. Setiap hari dia memikirkan bagaimanakah caranya untuk membalas dendam. Padanya, raja adil raja disembah, raja zalim, raja disanggah. Setelah beberapa hari lamanya, barulah Si Luncai mendapat idea.

Pada hari yang terpilih itu, Si Luncai pun mengenakan baju serba putih lengkap dengan serbannya sekali. Imej yang dibinanya adalah imej orang alim lagi warak.
Setelah itu dia pun dengan beraninya pergi ke istana raja. Melihat Si Luncai datang, terkejutlah seisi istana, kerana tidak menyangka yang Si Luncai telah ‘hidup’ kembali. Raja pun keluar dan terjadilah pertemuan baginda dengan Si Luncai buat kali kedua.
“Apa yang terjadi kepada kamu?” tanya baginda.
“Alhamdulillah, patik sekarang telah insaf … patik akan menjadi orang alim. Patik tidak perlukan apa-apa lagi dalam hidup ini.”
“Apa yang terjadi kepada kamu?”
“Patik telah sampai ke alam arwah dan bertemu dengan arwah-arwah orang yang telah mati … termasuk arwah ayah patih dan almarhum ayahanda tuanku.”
“Armarhum ayahanda beta? Bagaimana gerangannya di sana?”
“Ampun, tuanku. Almarhum sangat dukacita kerana perbuatan tuanku.”

“Apa yang beta lakukan?”
“Entahlah, almarhum cuma berdiam diri. Katanya baginda ingin bertemu sendiri dengan tuanku untuk memberi nasihat,” kata Si Luncai.
“Bagaimana, bolehkah beta bertemu ayahanda beta?”
“Masakan tidak, hamba yang hina ini pun boleh, apalagi tuanku yang mulia.”

Si Luncai tersenyum dalam hatinya. Perangkapnya sudah mengena. Raja yang zalim tapi bodoh itu akan berjaya ditipunya.
“Bagimanakah cara?” tanya raja.
“Begini … tuanku hendaklah masuk ke dalam laut dalam peti yang dilubangi. Patik dahulu pun begitu juga. Di dasar lautlah akan berlaku pertemuan itu nanti.”
Tanpa berfikir panjang, raja pun bersetuju. Pendek cerita, raja pun dibuang ke laut di dalam peti yang berlubang. Apalagi, air pun masuk dan raja pun mati lemas. Si Luncai lari menyembunyikan diri dan tidak diketahui lagi keadaan dan nasibnya selepas itu.

Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah Si Luncai ini? Selain daripada keburukan akibat keceluparan berkata-kata, cerita yang sarat dengan unsur satira ini penuh dengan sindiran dan pengajaran yang sangat tajam dan menusuk hati. Si Luncai adalah ‘gambaran’ orang bawahan yang berdepan dengan kezaliman atasannya. Walaupun tanpa kuasa dan senjata, Si Luncai berjaya mengalahkan raja berbekalkan minda, keberanian dan kemahuan.

Cerita ini juga mengisahkan bagaimana akibat buruk yang boleh menimpa rakyat jika diperintah secara zalim oleh seorang pemerintah yang ego dan dungu. Pemerintah yang begini bukan sahaja berpotensi memporak-perandakan negara bahkan akhirnya memakan diri sendiri. Kisah Si Luncai juga memaparkan bagaimana ‘agama’ dan ‘kerohanian’ boleh dijadikan ‘alat’ untuk mengeksploitasi orang lain demi kepentingan diri dan puak.

Ironisnya, kisah Si Luncai ini relevan sehingga sekarang. Penguasaan ilmu dengan konsep ‘knowledge is power’ (pengetahuan itu kuasa) semakin dominan dalam konteks k-ekonomi sekarang ini. Penguasaan ilmu semakin penting justeru ia sangat dominan peranannya dalam bidang ekonomi, ketenteraan, sosial dan lain-lain. Si Luncai moden boleh jadi mampu menguasai sebuah negara dan dunia dengan ilmunya, justeru ilmu lebih berpengaruh daripada harta dan senjata.

Mungkin falsafah daripada cerita Si Luncai ini boleh diperluaskan dalam konteks negara-negara membangun dalam menghadapi perancangan kotor negara-negara maju. Walaupun kuasa besar itu kuat di sudut ketenteraan, dengan kebijaksanaan kita mampu pula menghadapi perancangan jahat mereka.

Kita tidak memilih strategi ‘hantuk kepala’ yakni berdepan dengan kejahatan secara membabi-buta. Dunia Islam pada dasarnya, belum bersedia untuk berdepan secara terbuka dengan Barat. Iraq, Taliban dan Libya pernah mencuba, tetapi akhirnya kecundang. Apa yang kita pelajari di sini adalah: Jika lemah senjata dan harta, gunakan kekuatan minda dan jiwa!

Namun ada sisi ‘gelap’ dalam cerita Si Luncai ini. Nampaknya agama telah dieksploitasi untuk memperjuangkan kepentingan peribadi atau kelompok. Si Luncai telah menggunakan taktik ini dan angkara ini terus berkesinambungan hingga kini. Agama terus diperalatkan justeru sifatnya yang lebih maknawi dan subjektif serta sukar ‘diukur’. Keislaman selalunya dilihat pada ritual dan kulit, bukan pada ‘substance’ atau isi. Ini dipergunakan oleh Si Luncai untuk menipu raja.

Ya, bagi mereka yang hanya punya keinginan dan semangat (tetapi kurang ilmu asas dan rujukan yang tepat), maka mudahlah ditipu oleh ‘Si Luncai’ moden yang kaya dengan pura-pura. Ramai manusia moden hari ini seolah-olah menjadi ‘raja’ dalam cerita Si Luncai apabila berdepan dengan soal kerohanian.

Malah profesor, doktor, ahli perniagaan serta ahli sains dan ekonomi pun turut terperangkap dengan ‘gula-gula’ kerohanian. Akibat miskin ilmu wahyu dan rujukan yang autentik, akal cuba dipisahkan dengan hati. Kononnya hati sahaja yang mampu menjangkau soal rohani yang berbelit-belit. Dimomokkan seolah-olah akal dan hati saling bermusuhan dan kerohanian adalah subjek yang mesti dituruti dan dipatuhi dengan ‘kosong’ kepala.

Mereka lupa, roh ilmu daripada kalimah awalan Quran – Iqra’ – dan betapa persoalan iman diterangkan oleh Allah sendiri dengan dalil maqru’ah (naqli) dan manzurah (aqli). Justeru pada hakikatnya, akal dan hati adalah gandingan serasi untuk mendapat kebenaran. Tidak ada agama bagi yang tidak berakal!

Kini muncullah ‘Si Luncai’ moden dengan citra alim dan warak, berbaju agama tetapi berhati serigala. Boleh jadi dia muncul dalam gelanggang ekonomi, politik atau sosial. Ceritanya tetap sama … mimpi alam rohani dengan janji-janji murni yang diadun antara realiti dan fantasi. Ada kebenarannya, tetapi melaut kepalsuannya. Dan mereka hakikatnya adalah taukeh ‘skim cepat kaya’ yang menabur saham-saham pengampunan dosa dan jalan pintas ke syurga. Lahiriah indah dan tampak gagah, tetapi isinya adalah strategi biasa ahli siasah (politik) atau tijarah (ekonomi).

Malangnya, kerana abad ke-21 adalah abad ‘lapar rohani’ maka ‘mi segera’ jenama agama ini mudah mendapat pasaran. Sekali lagi strategi ‘Si Luncai’ telah digunakan … kali ini dengan maksud jahat dan sesat. Ramai yang tertipu oleh kelicikan Si Luncai jika tidak punya keberanian, ilmu asas yang kukuh dan dihantui oleh dosa-dosa silam. Ya, jika manusia zaman moden ini mempunyai ilmu asas yang kuat, tidak dibayangi oleh dosa-dosa lampau yang melampau, maka ajakan ‘Si Luncai’ jenama agama tidak akan mendapat sambutan.

Orang yang boleh ditipu hanya orang yang dungu. Orang yang boleh digertak, hanya orang yang banyak salah. Si Luncai tahu itulah hakikat raja yang sedang dihadapinya. Dan kita mesti membuktikan bahawa kita lebih cerdik dan lebih baik dengan memantapkan ilmu, amal dan bertaubat. Tidak ada jalan pintas ke syurga. Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya!


Salam Bicara...

Saturday, May 22, 2010

antara MENCARI dan MENJADI

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Cinta adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI

Salam Bicara...

Friday, May 14, 2010

Malam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok

13hb Mei 2010..jam 9.00 malam

berlangsungnya Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok UMNO Bahagian Kuala Terengganu...

bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Razali Ismail..

Kehadiran agak memberangsangkan..

Ramai puteri-puteri dapat hadir malam ni....double thumbs up laaahh...ucapan terima kasih diucapkan kepada puteri-puteri yang sudi hadir....mcm ni la yang kita nak, jangan malu nk mengaku kita ni puteri...kehadiran anda juga adalah petanda bahawa puteri masih teguh menaruh kepercayaan penuh kepada parti keramat UMNO ini...dengan adanya sokongan dari anda semua semoga segala kelemahan dalam puteri dapat diperbaiki...desakan dari anda yang kami perlukan...apa2 pun, dengan kehadiran malam ni harap dapat membuka mata mereka2 yang berkenaan dan moga mesej kita sampai untuk menyatakan "kami ada di sini"...

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Puan Kartini Muhammad, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian K. Trg...

Kemudian diikuti dengan ucapan dari Saudara Badrol HIsham Zaki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian K.Trg...

Seterusnya ucapan dari Cikgu Murni, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian K.Trg...

ucapan perasmian dilakukan oleh Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh selaku Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu..dalam ucapan beliau, beliau menyeru supaya walau apapun terjadi tidak dapat tidak kita perlu ingat jasa UMNO...setiap dari kita merasa jasa UMNO...betapa besarnya jasa UMNO adalah tidak terkira...beliau juga menyeru kepada yang hadir supaya bersama untuk mengembalikan roh UMNO dalam Parlimen K.Trg ini...

Majlis berakhir sekitar jam 11.15 malam...

Lepas tu aku, kak tini, mira n muni lepak kat McD sebelah Giant K.Trg...

Bergelak2...borak...berkongsi cerita "what happened to u"..."what happened to me"...
last2 baru sedar jam sudah 1.30 pagi..balik!! balik!!

Dalam perjalanan pulang, ade pemeriksaan polis coz ade road block kt jalan sultan omar sebelum Petronas...hhmm...mlm2 Jumaat ni ramai la mat rempit keluar sarang dan banyakla road block dibuat...polis ade d merata-rata...mcm x best plak rase...terus teringt kesah peluru sesat...oh tiddaakk...

then, aku selamat sampai umah...kunci pagar...bukak pintu, nmpk mak tengah tengok tv...oppss, mak tunggu aku...nasib baek mak x tanye why balik lambat...sian mak, tunggu aku...aku bukak tudung, ngadap pc ni...terus mak naik atas...

sorry mak, membuat mak tertunggu saya!!

Salam Bicara...

Monday, April 26, 2010

Sebuah Kisah dari Hulu Selangor

Catatan ini adalah catatan peribadi sepanjang perjalanan ke Hulu Selangor..
Sesungguhnya banyak pengalaman berharga yang ditimba sepanjang di sini..dan ade baiknya didokumenkan sebagai kenangan sempena pilihanraya kecil p094 Parlimen Hulu Selangor...yang sedihnya banyak gambar x dpt diambil disebabkan oleh terlupa nk bwk kamera....rugi2...

Pada 22 April 2010 (khamis) jam 3.oo petang, aku, zainida dan kartini dengan menaiki kereta zainida berangkat ke Hulu Selangor sempena Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor...turut menyertai konvoi ini adalah abang mie dengan ditemani 3 orang rakan-rakan dari Puteri Bahagian Kuala Terengganu iaitu wan salbiah, along dan azah..sepanjang perjalanan kami x brhenti-henti bercakap...dari satu topik ke topik yg lain hinggakan x perlu bukak radio...hinggala sampai ke Kuala Lumpur...

kami selamat tiba di Kuala Lumpur jam 10.00 malam.. Memandangkan sudah malam, ditambah pula kami tidak berapa jelas tentang jalan yang akan kami tuju utk menuju ke rumah Bahagian Kuala Terengganu maka kami bermalam di Kuala Lumpur pada malam tersebut...

keesokan harinya, iaitu 23 April 2010 (Jumaat) lebih kurang pukul 3.00 petang kami bergerak menuju ke Sungai Tengi...
sepanjang perjalanan, kami tersilap masuk jalan lebuhraya sehingga menyebabkan kami kelam kabut berfikir macamana mahu sampai ke lebuhraya Ipoh...
perjalanan yang pd mulanya secara konvoi terus dh x jd konvoi dsebabkn terpisah haluan..
ditambah pula dengan ketiadaan minyak, menambahkan lg gerun di hati kami...
masing-masing sibuk berdoa semoga sempat sampai d stesen minyak terdekat...
akhirnya kami isi minyak d R&R Rawang dan di situ kami bertemu kembali dengan abg mie...
aktiviti konvoi dteruskan dan akhirnya kami tiba di Sungai Tengi lebih kurang jam 5.00 petang..bendera parti-parti yg bertanding memenuhi jalan kiri dan kanan..meriah sungguh...ditambah dengan poster2 propaganda yang hebat2 menyeru pengundi membuat pertimbangan sewajarnya menjelang hari pilihanraya..

apabila sampai di sana, rakan-rakan yg merupakan petugas dari UMNO Bahagian Kuala Terengganu tiada di rumah kerana mereka masuk ke kampung utk merayu undi...
kebetulan pula, rumah yg kami diami itu terputus bekalan elektrik dan berlanjutan hingga ke tengah malam...sepanjang pilihanraya kecil ini sudah beberapa kali bekalan elektrik terputus dan ada ketikanya "line" telefon x baper clear...selain itu bekalan air juga tiba-tiba tiada...yang mana ini agak menyukarkan petugas2 yg menginap d situ memandangkan kapasiti bilangan penghuni sepanjang PRK ini menjangkau 25-30 orang...menurut penduduk tempatan, kejadian bekalan elektrik terputus dan bekalan air menjadi perlahan tidak berlaku sebelum ini jadi ini mungkin kerana secara tiba-tiba bekalan elektrik yg ada tidak dapat menampung keperluan disebabkan penggunaan voltan yg lebih tinggi kapasitinya..
pada petang tersebut sempat juga kami meninjau pertandingan sukaneka antara puteri umno negeri teengganu dengan penduduk tempatan..kami berada di rumah tersebut hingga ke pukul 8.00 malam dan kami tidak berkesempatan utk bertemu dengan rakan-rakan petugas..memandangkan rakan-rakan masih belum pulang dan kami perlu ke Damansara maka hasrat kami utk bertemu rakan-rakan masih belum terlaksana...

keesokan harinya kami kembali semula ke Sungai Tengi dan kami singgah di rumah UMNO Perhubungan Negeri Terengganu...di sana kami bertemu dengan rakan-rakan puteri yang akan bertugas untuk unit sistem maklumat operasi hari pengundian..mereka akan melaksanakan tugasan tersebut d kafe siber tetapi memandangkan ada kesulitan di mana kawasan kafe siber tersebut dikuasai pihak pembangkang maka tempat tugasan tersebut bertukar ke tempat lain yang drasakan selamat..suasana di sekitar Sungai Tengi pd hari tersebut lebih meriah di mana semakin ramai membanjiri kawasan Sungai Tengi yang pastinya mereka datang dari seluruh pelusuk tanahair untuk menyatakan sokongan kepada gerakan parti masing-masing..

tengahari itu kami kembali ke rumah bahagian dan di situlah kami bertemu kembali dan bertanya khabar...masing-masing bercerita tentang pengalaman masing-masing dalam menjalankan tugas merayu undi...keselruhannya, pengalaman bertugas kali ini tidak akan dapat dbeli di tempat-tempat lain...ada yang bercerita semasa masuk merayu undi di Ladang Nigel Gardner tempat ramai pengundi India nk masuk dalam rumah pun berfikir 4,5,6,7 kali sebab dalam rumah tu ada lebih dari seekor anjing...tapi kerana tugas kena masuk jugak...balik rumah kene samak balik...tapi pengalaman itu sangat2 berharga bahawa bukan senang hendak memujuk orang yang berbeza budaya dan pegangan..selain itu, perjalanan yang jauh untuk masuk ke kawasan peti undi juga sangat menduga kesabaran ditambah lagi dengan kedudukan rumah yang sangat jauh antara satu sama lain...sungguh, ini adalah pengalaman yang tidak akan didapati di mana2..

pada petang sabtu tersebut, acara 'tutup api'(blackout) berlaku lagi...ianya berlanjutan sehingga jam 11 malam...pd malam tersebut kami tumpang bermalam di rumah APMT Negeri yang merupakan milik Makcik Armiah...Sempatla jugak kami berkenalan dengan Makcik Armiah...Makcik ni mesra, x berkira, suka senyum...mmg best r makcik ni..

keesokan harinya iaitu hari penentuan 25 April 2010 (ahad)...pd pagi tersebut kami dijamu dengan nasi goreng yang dimasak special oleh Makcik Armiah...setelah itu,kami bergerak ke Ladang Nigel Gardner di mana tumpuan kami terarah kepada SJKT Ladang Nigel Gardner iaitu tempat pembuangan undi bagi peti undi yang di jaga...risau jugak takut sesat sbb x pernah sampai dan kami tawakkal sahaja berdasarkan peta yg diberi oleh rakan2...suasana di situ berjalan lancar di mana petugas peti undi sangat bekerjasama untuk memastikan pengundi dapat menjalankan amanah dengan bertanggungjawab..kami tidak menunggu lama di pusat pembuangan undi kerana kami perlu berkejar pulang ke Terengganu kerana kami agak risau jika pulang terlalu lewat memandangkan kena drive sendiri..kami bergerak dari Ladang Nigel lebih kurang jam 1.30 petang dan kami berehat sebentar di Restoran Jejantas Sg. Buloh...jam 3.30 petang kami bergerak keluar dari Restoran Jejantas dan kami singgah sebentar di R& R Temerloh untuk isi minyak dan seterusnya tiba d rumah lebih kurang jam 11.45 malam..

sesungguhnya, apa yang kami dapt sepanjang 3 hari di Ladang Nigel Gardner dan Kg. Sungai Tengi tidak akan kami lupakan sampai bila2...
apabila direnung, betapa besarnya rahmat Tuhan memberi kami peluang untuk tinggal di negeri Terengganu Darul Iman...syukur sangat2...kami tidak perlu bersusah payah seperti mereka di Hulu Selangor meneruskan hidup...ini semua adalah hasil dari kerajaan yang dapat menyediakan bekalan asas dengan sempurna sehingga di negeri Terengganu sangat jarang kedengaran masalah berkaitan bekalan asas iaitu air dan elektrik...tetapi di sana, di zaman 2010 ini masih ada kawasan yang tidak cukup bekalan air...doa saya, semoga YB Hulu Selangor iaitu YB P Kamalanathan mampu mengatasi masalah ini dengan sesegera mungkin ditambah dengan campurtangan dari kerajaan persekutuan maka nasib rakyat akan lebih terbela...

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua petugas dari UMNO Bahagian Kuala Terengganu di dalam memastikan kemenangan calon BN di Parlimen Hulu Selangor...semoga semangat kerjasama ini dapat diteruskan apabila pulang ke kampung halaman di dalam memastikan Parlimen Kuala Terengganu akan dikuasai oleh BN kembali...


Salam Bicara...

Monday, March 29, 2010

puisi dari filem ketika cinta bertasbih

sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.

Namun tanpa lidah,

CINTA ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya

Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA

Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur

CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

**************************************************************************

Cinta adalah kekuatan yang mampu

mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibah,

itulah cinta!

Salam Bicara...

Thursday, March 18, 2010

DILEMA SEORANG GADIS-1

SESUNGGUHNYA, SETIAP PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN PERLUKAN KEIKHLASAN...JANGAN KITA BERPURA HANYA KERANA INGIN DITERIMA RAMAI DAN KERANA FESYEN...




Salam Bicara...