Tuesday, July 14, 2009

jalan

suatu ketika dahulu, ketika saya masih belum pandai memandu kereta, saya paling tidak suka untuk pergi ke bandar k.trg pd hari sabtu kerana itulah hari bandar k.trg menjadi sesak...anda dpt melihat sendiri betapa ramainya rakyat Terengganu...sehinggakan ramai orang memanggil hari sabtu adalah hari 'orang darat turun ke bandar'...pada masa itu kerajaan masih belum melaksanakan hari sabtu sebagai hari cuti kpd k/tgn kerajaan, jd ramai org termasuk org2 kampung & pelajar sekolah menggunakan haru sabtu sebagai hari menyelesaikan sebarang urusan...tempat yang menjadi tumpuan utama semestinya Bank Simpanan Nasional cawangan Plaza Perdana...

Sekarang sedikit perbezaan kerana semenjak hari sabtu dijadikan cuti umum, hari yang sibuk beralih kepada hari ahad pula...saya memang tidak memilih hari ahad sebagai hari menyelesaikan masalah saya...tak sanggup nk masuk bandar...parking susah dapat, kereta bersusun atas jalan...kalau betul jalan sesak, takde la panas hati sangat tapi ni kisah orang cerdik, selamba je parking kereta di kawasan larangan parking sambil mengedip-ngedip lampu isyarat...dia x sedar kes kereta dia sorang habis jalan jadi sesak...

sebenarnya sudah seribu rahmat bagi kita yang berada di kuala terengganu ini kerana semua benda kita boleh capai dengan mudah...tetapi kenapakah mereka ini tidak ada kesedaran sivik sebab kadang-kadang apa yang kita buat itu akan menyebabkan orang lain menanggung susah...kenapa jadi begitu?? adakah kerana orang kita kurang menegur bahawa apa yang dibuat itu tidak patut dilakukan...mungkin juga...adakah kerana tidak ada penguatkuasa sepanjang waktu??...oohh, sapekah yang sanggup menjaga jalan sepanjang waktu...kenapa saya menyebut tentang persoalan ini...kerana yang pertama: jika berlaku kenderaan diletakkan di depan pintu sebuah bank di mana di situ sudah ditempatkan ruang parking dan ruang itu sudah dipenuhi tetapi ada satu lagi parking pula dibelah dia, pdhal kawasan itu adalah kawasan jalan dan kami sebagai pengguna jalanraya berhak melalui jalan itu walaupun ada satu lorong lagi disebelah kiri....disebabkan oleh ada orang yang parking disebelah kanan, menyebabkan jalan 2 lorong menjadi satu lorong....masalahnya tidak ada satu orang manusia pun yang sanggup bagitahu kepada orang itu, anda telah menyebabkan kesesakan jalanraya...tidak ada...lepas tu, satu lagi bila abang kuda putih atau orang dr majlis bandaraya datang pandai pulak dorg lari....ohh, kenapakah anda tidak berada di situ sepanjang masa....saya rasa pihak penguatkuasa harus mengadakan cctv di kawasan2 tertentu yang akan menyebabkan kesesakan supaya org2 ni tahu bahawa ada orang nampak apa yang dorang lakukan...haha...satu masa dulu saya pernah terdengar kerajaan Terengganu akan memasang cctv di seluruh kawasan bandar, tujuannya supaya penjenayah dapat ditangkap dengan lebih segera...kalau macam itu, kepada yang parking di tempat larangan pun perlu dikenakan saman kan...barula aman skit jalan kat kuala trg ni rasenye....hhhmmmm

Tuesday, June 30, 2009

rasa mahu berjalan-jalan

Saya mahu berjalan-jalan…

Barang seminggu dua

Untuk keluarkan diri dari kelemasan ini…

yang lemas dan rimas..

ke mana saya mahu pergi?...

hmm…untuk orang yang tidak berduit seperti saya

pergi cari tiket bas…ambil perjalanan ke Hentian Kajang…(tiket bas mahal la skrg)

saya sangat suka naik bas…sebab…selama lebih kurang 8 jam saya tidak perlu bercakap perkara yang serius (orang sebelah saya tetap tegur…).setelah itu,.diam…dan aman…

then, saya ke Bangi…jumpa abang saya…

chit-chat dengan dia tentang segala topik…dr kisah di kampung hingga ke konflik antarabangsa…gossip pun ade jugak sikit2 hinggalah ke politik…macam2 cerita…

kami juga saling berkongsi minat yang serupa…

MENONTON WAYANG

Haha…saya belajar menonton wayang dari dia…

Sangat tidak lengkap rutin saya kalau ke sana tidak menonton wayang together-gether dengan dia..

Sekarang saya sangat ingin menonton Transformers…sigh….bilakah dapat ditonton filem ini…harapnya sempat…

Itu jika saya ke luar Terengganu…itula tempat yg dituju…

Kalo di kampong halaman….

saya sangat suka duduk di rumah…buat apa yang patut…

juga suka masak…masak ape?...masak air je…

kalo kerajinan melanda diri, buat cup cake…best juge…

tengok filem2 yang diputar di HBO, Cinemax atau Star Movies…

juga siaran Hallmark….terutama Oprah dan siri Midsomer Murders…

Astro Awani juga dilihat…sangat bagus untuk isu semasa…

Okla, setakat ni dulu serba sedikit apa yang sedang saya fikirkan sekarang….hmm alangkah bestnya kalo bleh gi jalan-jalan…serius.