Monday, March 29, 2010
puisi dari filem ketika cinta bertasbih
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan
**************************************************************************
Cinta adalah kekuatan yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibah,
itulah cinta!
Salam Bicara...
Thursday, March 18, 2010
DILEMA SEORANG GADIS-1
Salam Bicara...
Monday, March 8, 2010
Mengapa perlu solat
Bunyinya seperti satu soalan yang bodoh, tetapi mengapa ramai dikalangan masyarakat kita mengambil mudah akan hal sembahyang. Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa kebaikannya, seperti puasa yang sebelum adanya kajian sains mengenai faedahnya puasa dari sudut kesihatan, majoriti menganggap itu adalah perintah Allah dan kita harus melakukannya. Dengan adanya lapuran kajian faedah puasa, yang taat berpuasa semakin beriman kepadaNya dan yang sebelum ini liat untuk berpuasa mungkin tergerak akan hatinya untuk melakukannya.
Bagaimana pula dengan sembahyang yang juga rukun islam, ramai yang berpuasa tetapi tidak sembahyang, mungkin bagi golongan tersebut, puasa lebih kepada tradisi untuk berhari raya kerana tanpa puasa, hari raya tidak lah bermakna, mereka ini sedar yang puasa tanpa sembahyang sia-sia sahaja tetapi masih tidak terbuka hati untuk sembahyang. Mungkin dengan adanya lapuran kajian sains akan faedah sembahyang barangkali akan berubah hati mereka untuk sembahyang?
Tidak perlu kajian sains faedah sembahyang bagi yang beriman kerana itu perintah Allah, tetapi sembahyang yang diterima hanyalah yang khusyuk, jadi tidakkah sia-sia sembahyang mereka yang tidak khusyuk? Adakah mereka juga sama dengan golongan yang tidak sembahyang? Sembahyang yang diterima iaitu yang khusyuk atau fokus dapat mencegah manusia dari kemungkaran, tetapi bagaimana kekhusyukan itu mengubah sikap manusia dari kemungkaran? Apakah proses didalam diri manusia itu sendiri dari sudut sains? Saya terjumpa kajian mengenai otak oleh Dr. Daniel Amen, pakar brain scan dr USA. Didalam websitenya ada beberapa photo imbasan otak dari pelbagai individu dengan pelbagai masaalah didalam otak yang mencorak minda mereka.
Perhatikan imbasan otak mereka yang bersyukur dan mereka yang tidak? Mereka yang selalu bersyukur otaknya aktif hampir secara menyeluruh berbanding dengan yang tidak (biru mewakili kawasan yang aktif manakala yang merah adalah kurang aktif). Otak yang aktif keseluruhannya, cara individu itu berfikir sudah semestinya lebih berbeza berbanding otak yang kurang aktif. Kepandaian, nilai moral, daya ingatan, tahap creativiti, prestasi akademik, kepekaan, nilai moral, kecergasan, kestabilan dan kawalan emosi yang baik, kematangan dan sebagainya adalah hasil dari otak yang berfungsi secara keseluruhannya. Jika kita kaitkan dengan sembahyang, bukankah sembahyang itu cara kita mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah? Hampir keseluruhan bacaan didalam sembahyang itu lebih kepada puji-pujian kepadaNya. Buktinya juga dapat dilihat dari majoriti individu yang cemerlang didalam peperiksaan adalah mereka yang menjaga sembahyangnya.
Apa bezanya mereka yang khusyuk dengan yang tidak. Selain dari mendekatkan diri kita dengan Allah, khusyuk dan fokus itu membantu kita mencapai apa sahaja impian hidup kita didunia ini. Ramai yang tahu mengenai Law of Attraction yang kita boleh capai apa sahaja hajat didalam hidup kita ini jika kita fokus didalam fikiran kita apa yang kita inginkan, jadi jika kita boleh fokus kepada Allah didalam sembahyang, amat mudah untuk lebih fokus kepada apa yang kita hajati dari segi harta, kasih sayang, kesihatan dan sebagainya.
Dengan taatnya kita kepada Allah, melalui sembahyang dan selalu bersyukur kepadaNya, bukankah untuk mencipta realiti yang kita inginkan amat mudah. Percaya akan keesaanNya, pemurahNya, pengasihNya, apa yang kita hajati sudah ada digenggaman kita, beriman kepadanya. Apa itu beriman? Percaya kepada sesuatu yang tidak bolah dibuktikan jadi jika kita percaya kepada Allah, apa yang kita hajati tidak mustahil. Itu yang dinamakan mencipta realiti kita sendiri, dengan keredhaanNya.
Ini pula gambar imbasan otak yang dinamakan surface scan. Perhatikan otak mereka yang ganas berbanding mereka yang normal? Perhatikan bahagian depan otak (prefrontal cortex) yang tidak sempurna. Prefrontal cortex ini merupakan CEO bagi manusia itu sendiri, secara rasional menjadi penapis kepada segala tindakan primitif ganas (pemikiran haiwan). Bahagian depan otak yang kosong itu bukan bermakna ianya kosong secara fizikal tetapi tidak aktif kerana tiada darah yang pergi kebahagian tersebut. Prefrontal cortex haiwan tidak sempurna, kecil atau tiada, sebab itu mentaliti mereka fight or flight, lawan atau lari. Manusia yang ganas, kaki panas baran contohnya besar kemungkian frontal cortex mereka tidak berfungsi, sebab itu mereka selalu membuat keputusan yang tidak bijak. Penjenayah berat tiada belas ikhsan terhadap manusia, seperti didalam dunia haiwan, sebab itu harimau boleh makan manusia kerana tiada sifat ihsan. Bagaimana dengan manusia yang sanggup berbunuhan sesama sendiri?
Apa yang menyebabkan "kosong"nya frontal cortex kita? Stress adalah penyebab utama, hampir semua aktiviti dizaman moden meningkatkan stress. Ketika stress, pemikiran primitif mengambil alih, ini mengalih aliran darah ke prefrontal cortex dan kesan dari stress yang berterusan, makin tidak aktif lah prefrontal cortex manusia tersebut. Keduanya kerana kita semakin tidak menggunakan otak kita, contohnya dulu untuk pengiraan kita pantas mencongak, sekarang kalkulator pasti akan dicapai dahulu untuk membuat pengiraan, kemodenan itu tidak salah, tidak sedar kesan kemodenan kepada fikiran itu yang bahaya.
Bagaimana sembahyang yang khusyuk mencegah dari kemungkaran? Bila kita khusyuk, minda kita menjadi lebih tenang, kita berhubung dengan zat-zat Allah yang tenang dan aman, ini menghilangkan ketegangan dan bila kita fokus kepadaNya, prefrontal cortex kita akan diperbaiki dan dengan proses yang berulang2 (sembahyang yang khusuk), otak kita akan menjadi lebih sempurna dan boleh berfikir dengan lebih waras. Bayi didalam kandungan tenang dan aman, selepas lahir jika cukup makan dan tidurnya, aman tenteram tidur dengan nyenyak, itu lumrah alam.
Bagaimana pula dengan sujud? Apakah kesannya? Bukan kah ketika sujud bahagian yang paling rendah adalah prefrontal cortex iaitu ketika dahi mencecah bumi? Dengan kedudukan jantung yang lebih tinggi bukankah itu memaksa darah kebahagian tersebut lantas membaiki, mengaktifkan bahagian tersebut? Hasilnya kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh berfikir mana yang baik dan buruk, boleh mencegah dari kemungkaran.
Otak umpama pasukan orkestra yang mana sebelum konduktor muncul semua pemuzik membuat hal masing-masing, tetapi bila konduktor muncul dan mengetuai mereka, musik yang terhasil amatlah indah. Otak umpama pasukan orkestra dan konduktor adalah prefrontal cortex otak kita. Lebih fokus kita dalam sembahyang/meditasi, lebih sempurna frontal cortex kita seperti didalam brain scan tersebut.
Meditasi dikatakan mampu memulihkan fungsi otak menjadi lebih sempurna, meditasi memerlukan fokus pada sesuatu dalam suatu jangka masa. Transcendental meditation seperti yang di kaji dan digalakkan oleh Universiti Maharishi menghubungkan diri dengan sumber kehidupan dunia ini yang mereka gelar "unified field". Kerana jahilnya mereka, tidak mereka sedari "unified field" tersebut sebenarnya adalah zat-zat Allah yang mana darinya muncul lah semua kehidupan didunia ini. Gambar di bawah ini adalah kesan pada otak hasil dari proses meditasi tersebut.
Jadi ada perbezaannya mereka yang sembahyang dan tidak dan ada bezanya mereka yang khusyuk dan tidak, jadi sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan dan khusyuklah kamu agar kamu mendapat keredhaan Allah dan menjadi manusia yang lebih bijak pemikirannya.
Maksud Bacaan Dalam Solat
Fokus dan khusyuk didalam sembahyang hanya boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik dimulut atau di dalam hati, disini daya sertakan maksud bacaan tersebut untuk rujukan saya sendiri dan juga untuk rakan2 moga kita diberkati Allah selalu.. Amin
Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
pentingnya memahami bacaan dalam solat
Sujud dan Quantum Fizik
Hj Mazlan Muslim bertanya;
Assalaamu 'alaikum wbt. Saat yang paling hampir bagi seorang Muslim ialah semasa sujud dalam solat kehadrat Ilahi. Mungkin saudara boleh perincikan dari segi Quantum Fizik atau seumpamanya kenapa saat sujud adalah waktu yang paling hampir seorang Mukmin dengan Khaliknya? Apakah kesan zikrullah terutama yang diamalkan oleh pengikut tarikat terhadap seseorang pengamalnya? Apakah sumbangan sarjana-sarjana Muslim dalam bidang Quantum Physics?
Jawapan saya;
Waalaikum salam Hj, memang benar saat yg paling hampir manusia itu kepada Allah adalah ketika sujudnya seperti firmanNya dalam surah Al Alaq 96:19.
Cabang2 sains itu amat berkait, sebelum mengulas dari segi fizik, saya ingin menyentuh mengenai sujud dari segi fisiologi manusia. Sujud itu memaksa darah ke frontal lobe yg mana ianya merupakan bahagian otak yg membezakan manusia dan haiwan, ini menyihatkan frontal lobe yg bekerja sepanjang hari (secara kasarnya berfikir tetapi penjelasannya tidak semudah itu), tanpa frontal lobe manusia tidak ubah seperti haiwan, adakah pada waktu kebiasaannya? Tidak, pada waktu marah, pada waktu bersedih, pada waktu bernafsu, ketika berpeluang membuat kejahatan ketika tiada siapa melihat dan sebagainya yg mana kebanyakan manusia tidak lagi boleh membezakan mana yg baik dan buruk lantas membuat keputusan2 yg salah.
Sihat dan berfungsinya frontal lobe membolehkan manusia berfikir dgn lebih sempurna dan akan lebihlah mereka dapat melihat kebesaran2 Allah itu lantas semakin yakin dan bertambah keimanan mereka. Rata2 didalam Al Quran firman Allah merujuk kepada mereka yg berfikir, contohnya dalam Surah Ar Rad 13:3;
"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir"
Syaitan lanatullah sentiasa cuba memesongkan manusia untuk terlena dan tidak mampu berfikir, sebab itu Allah melarang alkohol kerana ia merosakkan frontal lobe, mereka akan ketagih dan akan "stuck" dgn ketagihan mereka itu dan tidak mampu lagi berubah kembali kejalan yg lurus, kecuali mereka sedar, berhenti mengambilnya dan kembali berfikir. Dari penelitian saya, rokok juga merosakkan frontal lobe, dgn ketagihnya kepada rokok itu membuat manusia tidak boleh lagi berfikir baik dan buruk pengambilannya (walaupun disedarkan dgn gambar paru2 yg rosak) dan pihak yahudi mengaut keuntungan atas ketagihan umat manusia itu tadi.
Pengambilam kopi/caffein (dgn kadar yg tinggi) juga merosakkan frontal lobe maka tidak hairan phak yahudi mempromosikan kopi (starbucks) dan menarik manusia menikmatinya. Walaupun harga amat mahal tetapi kerana meminumnya baru ada gaya, ada kelas, ada style, manusia akan terus menikmatinya tanpa sedar yg setiap gelas kopi yg diminum menyumbang sebutir peluru untuk zionis membunuh rakyat palestin.
Musik, TV dan filem juga adalah salah satu cara membawa manusia kearah tidak boleh berfikir dgn sempurna. Melalui kimia emosi, manusia akan melayan ketagihan terhadap kesan2 dari filem itu tadi, contohnya wujud perasaan kasih sayang dan cinta walaupun pada ketika manusia menonton "hiburan" tersebut mereka tidak mengalaminya dgn nyata. Sebab itu hanya dgn musik ataupun filem manusia boleh menangis. Apa bila selalu dilayan kesan2 sebegini, sel2 badan kita tidak tahu lagi samada ianya nyata (dialami sendiri) atau tidak (hanya ilusi) dan akan sentiasa inginkannya (nikmat cinta itu tadi). Sebab itu yg sudah kahwin ingin bercinta lagi, kerana percintaan dgn isteri sudah lali, sudah tidak terasa nikmatnya. Kerana tahap kimia emosi untuk nikmat (dopamine) terhadap isteri sudah dilampaui oleh nikmat dari filem2 dan lagu2. Maka apabila manusia ketagih mencari cinta maka akan lalailah mereka dari berfikir akan kebesaran2 Allah dan mengagungkanNya.
Untuk mengaitkan sujud ini dgn quantum fizik, kita harus terlebih dahulu memahami salah satu konsep quantum fizik itu sendiri yg mana;
"act or measuring or observing, collapsed the wave function and matter from state of possibility & probabilty (wave) become a particle"
Dalam terjemahan bahasa melayu mengikut pemahaman saya adalah "tindakan mengukur atau memerhati, meruntuhkan fungsi gelombang dan jirim yg mana sebelum itu didalam bentuk gelombang kemungkinan dan kebarangkalian menjadi zarah (suatu yg nyata)"
Kalau dilihat dari perspektif falsafah barat, mereka merumuskan bahawa manusia itu sendiri mencipta realiti hidupnya sendiri, melalui apa yg difikir dan difokuskan. Pada pandangan saya, inilah yg dikatakan sifat pemurah Allah, manusia boleh mencapai apa sahaja yg dinginkan didalam hidup ini selagi dia fokus terhadap apa yg diingini dan ini boleh dicapai dgn solat yg khusuk/fokus dan sujud (memaksa darah ke frontal lobe) dan ini menguatkannya. Sebab itu manusia dari semua agama baik hindu, budha dan kristian yg tidak percayakan Allah juga mendapat nikmat dunia apa yg mereka tumpukan tetapi mereka hanya mendapat nikmat dunia, kerana apa? Kerana tidak mampu melihat kesan jangka panjang atas tindakan2 mereka itu (kebahagiaan akhirat).
Bg saya, walau sekuat mana kita fokuskan terhadap apa yg diingini, semua itu berbalik kepada ketentuan Allah, disinilah letaknya keimanan kita (percaya adanya Allah maha pencipta), bukan seperti manusia barat yg tidak percayakan tuhan dan mengganggap diri mereka sendiri yg berkuasa atas segala2nya, seperti Firaun yg boleh melakukan apa sahaja (kerana dia berkuasa) dan mengistiharkan dirinya tuhan.
Dunia quantum fizik penuh dgn misteri, penuh dgn kemungkinan dan kebarangkalian, walau sekuat mana kita fokus terhadap apa yg kita inginkan, belum tentu kita mencapainya, kerana apa? Kerana sayangnya Allah terhadap kita menidakkan apa yg kita ingini.
Umat islam harus sedar, hidup bukan hanya untuk mencari kebahagiaan didunia sahaja, malah kebahagiaan diakhirat. Itu yg telah lenyap dari hati2 kafirun (malah sebilangan umat islam juga)lantas membuat apa sahaja termasuk menipu, merompak, menindas (rasuah), mengaut untung berlebih2an dan macam2 lagi kerana tamakkan nikmat dunia. Amat menyedihkan juga masyarakat kita baik dari sekecil2 jawatan hinggalah ke pemimpin tinggi negara terlibat didlam rasuah dan menindas rakyat. Moga Allah membuka hati mereka jika mereka melakukannya tanpa sedar, celakalah jika mereka sedar buruknya rasuah itu tetapi tetap melakukannya.
Jadi jawapan kepada soalan Hj itu tadi mengenai kaitan sujud dan quantum fizik adalah, sujud menguatkan frontal lobe, lantas memboleh manusia berfikir dgn lebih sempurna, dapat melihat kebesaran Allah, lebih mendekati Allah dan berusaha menjadi manusia yg lebih beriman dan beramal soleh (membuat kebaikan sesama manusia). Dgn kuatnya frontal lobe, manusia boleh lebih fokus (to collapse the wave function) dalam mencapai cita2 iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat (boleh memandang jauh kemasa depan/punya wawasan), akan lebih mudah nampak (kesan tindakannya terhadap diri sendiri, manusia lain dan alam sekitar) dan membawa dirinya kejalan yg lurus.
Pengetahuan saya mengenai amalan tarikat amat cetek dan saya tidak tahu samada zikir yg diamalkan oleh mereka sama dgn apa yg manusia kebanyakan lakukan selepas sembahyang. Akan tetapi pada penelitian saya, dgn zikir yg fokus kepada sebutan dan faham makna apa yg dilafazkan itu juga melatih frontal lobe, melatih untuk fokus, seperti juga didalam solat, cuma bezanya tanpa gerakan2 rukuk, sujud dan sebagainya.
Didalam kenduri2 arwah atau bacaan2 yassin secara kumpulan, selalu dapat dilihat manusia2 yg berzikir hingga ada yg menggoyangkan badan dgn hebatnya, akan tetapi tidak lah diketahui kemana fikirannya ketika itu. Mulut dan badan boleh mengikut zikir kerana ia menjadi automatik menerusi minda separuh sedar, akan tetapi fikiran (minda sedar) kita boleh melayang ketempat lain, jika minda sedar dan minda sedar tidak dilatih untuk selari (zikir dan juga solat yg tidak khusyuk) maka apabila kita melalui kehidupan secara normal, banyaklah manusia yg cakap tak serupa bikin, berpura2, penipu, pembelot, hipokrit, munafik dan sebagainya.
Semua buku2 rujukan saya mengenai quantum fizik adalah dari barat dan belum lagi terjumpa dgn buku olahan saintis2 Islam, mungkin ada tetapi belum saya temui. Tamaddun islam menurun selepas kurun ke12, selepas itu tidak kedengaran lagi ahli2 saintis Islam yg hebat. Quantum Fizik bermula pada penghujung abad ke 18, walaupun dimulakan oleh beberapa orang saintis, rata2 menganggap Max Planck ahli fizik dari German yg lebih menonjol sebagai bapa Quantum Fizik.
Sya bukan ahli fizik, cuma membaca, berfikir dan mengaitkannya dgn dunia Islam. Moga ada hendaknya anak2 muda kita yg belajar didlm bidang fizik, atau pakar didalam bidang ini menanamkan niat untuk lebih mengenali Allah melalui ilmu yg diperolehi. Hidup bergantung kepada niat, jika niat belajar untuk menjadi pakar fizik, makan gaji tinggi, mencipta produk2 kegunaan manusia untuk keuntungan korporat maka tidak akan nampaklah kebesaran2 Allah melalui ilmu yg dipelajari. Akan tetapi jika sebaliknya maka semuanya akan jelas.
Sebab itu kita harus faham bacaan solat, contohnya didalam doa Iftitah yg dibacakan sebelum membaca Alfatihah.
Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†َّ صَÙ„َاتِÙŠ ÙˆَÙ†ُسُÙƒِÙŠ ÙˆَÙ…َØْÙŠَايَ ÙˆَÙ…َÙ…َاتِÙŠ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
"Qul: inna salatee wanusukee wamahyaya wamamatee lillahi rabbi alAAalameena"
"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" Al-Anaam 6:162
Hati Menjadi Tenang Dengan Solat
Fuzzy bertanya:
assalamualaikum..
bagaimana jika tuan dapat mengaitkan dengan bila kita solat, hati akan menjadi tenang?
tq!
Jawapan saya:
Hati hanya akan tenang jika bersolat dgn khusyuk. Solat yg khusyuk dan fokus membawa jasad manusia dari segi biologinya kepada situasi "now", iaitu minda tertumpu pada masa sekarang lantas melupakan perkara2 lain terutamanya hal2 dunia yg rata2nya memberikan kerisauan (masa akan datang) dan juga kekesalan (masa lepas). Apabila manusia idak mengaitkan apa2 hal negatif ini, hormon stress didalam badan akan berkurangan dan ini membolehkan fungsi2 badan yg lain terutamanya untuk tumbesaran dan juga imune boleh bekerja dgn lebih sempurna.
Solat yg khusyuk juga menghampirkan diri kita dengan Allah, lebih hampir diri kita denganNya maka lebih tenang jiwa manusia tersebut. Jika anda ingin meminta pertolongan dari rakan, adakah anda mengadap rakan anda tetapi bercakap memandang ke tempat lain? Anda harus bercakap dan memandang kepada rakan anda tersebut barulah dia terbuka hati untuk menolong, jika anda tidak serius atau acuh tak acuh je, mana pertolongan akan diberikan.
Moga penjelasan ini membantu.
Bagaimana Mengetahui Solat Diterima
Gans bertanya'
bagaimana kah kita hendak mengetahui solat kita itu diterima Allah S.W.T dan kalau solat itu kunci kepada syurga apa pula kunci kepada solat..?
Jawapan saya'
Firman Allah dalam surah AlAnkabut 29:45
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Terima atau tidak solat kita itu adalah urusan Allah, akan tetapi jika kita boleh menahan diri dari membuat kemungkaran, Alhamdulillah, itu barangkali tanda bahawa solat kita diterima. Dan bagaimana untuk memohon kepada Allah agar solat kita diterima? Salah satunya adalah dengan memahami apa yg dibaca seperti maksud ayat dibawah ini,
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan
Surah An Nisa 4:43
Walaupun Allah merujuk kepada mereka yg mabuk dengan najis arak, melihat keadaan manusia yg "mabuk' dengan urusan dunia dan materialistik kebendaan, jauh sekali untuk khusyuk dan apatah lagi memahami apa yg dibaca. Berusahalah untuk sedar apa dan faham apa yg dibaca, jadilah "Pemerhati Yang Hebat" dan fahami "Maksud Bacaan Solat".
Kunci syurga bukan sekadar solat, syahadah dan keimanan (percaya) kepada Allah dengan tidak berbelah bahagi itu pun salah satu antaranya, kunci kepada solat adalah khusyuk dan faham apa yg dikumat kamitkan, Insyaallah moga kita bersama menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Apakah rasional diwajibkan solat dalam Islam?
Jawapan saya:
Jika saya tanya saudari mengapa saudari perlu makan, sudah tentu jawapannya kerana makanan itu perlu untuk kehidupan, sel2 badan manusia perlu kan zat2 makanan, mineral vitamin dan sebagainya untuk terus hidup. Tanpa makanan manusia akan mati kebuluran. Apabila jumlah makanan didalam darah berkurangan, otak akan menerima signal yg akan menggerakkan minda manusia itu untuk mencari makanan, isyarat lapar inilah yg memberitahu manusia yg dia perlu makan.
Apa akan jadi jika mekanisma lapar itu rosak? Manusia tidak akan hidup lama kerana barangkali dia akan terlupa yg dia perlu makan untuk terus hidup. Apa yg pasti manusia akan melalui peringkat2 yg mana badan mereka akan sikit demi sedikit semakin kurus kering lemah dan akhirnya mati. Apa pula kena mengena makan dengan solat?
Makanan yg kita suap adalah makanan untuk jasmani/jasad, solat adalah makanan untuk rohani, makanan untuk roh. Apabila anda melihat tangan, badan dan kaki anda, anda berkata "tangan aku", "badan aku", "kaki aku", akan tetapi "aku"itu dimana? Neurosaintis mencari dimanakan letaknya "aku" itu didalam otak akan tetapi tidak ditemui walaupun teknologi manusia dizaman ini amat canggih. Manusia yg dipanggil "aku" itu hanya menumpang pada jasad yg diamanahkan oleh Allah untuk menjalankan tugasnya sebagai khalifah dimuka bumi. Jasad akan busuk dan reput ditelan bumi setelah mati, hanya roh sahaja yg akan kekal dan bertemu denganNya.
Apa yg terjadi dizaman ini manusia sibuk memberi makan kepada jasad tetapi tidak memberi makan kepada roh. Solat yg berkualiti akan membina roh yg sihat dan mantap dan boleh menjalankan kerja2nya sebagai khalifah dimuka bumi dengan lebih berkesan dan akan menyiapkan diri untuk bertemu denganNya andaikata dicabut nyawa pada bila2 masa.
Apakah signal lapar bagi keperluan untuk bersolat itu? Jawapannya "iman". Jika semua manusia itu beriman maka tidak akan timbul persoalan rasionalnya untuk bersolat. Umat akhir zaman imannya semakin nipis jadi signal "lapar" untuk bersolat dan memberi makan kepada roh itu sudah tiada, sebab itu lah kehidupan didunia ini semakin hari semakin menuju kehancuran.