Apakah rasional diwajibkan solat dalam Islam?
Jawapan saya:
Jika saya tanya saudari mengapa saudari perlu makan, sudah tentu jawapannya kerana makanan itu perlu untuk kehidupan, sel2 badan manusia perlu kan zat2 makanan, mineral vitamin dan sebagainya untuk terus hidup. Tanpa makanan manusia akan mati kebuluran. Apabila jumlah makanan didalam darah berkurangan, otak akan menerima signal yg akan menggerakkan minda manusia itu untuk mencari makanan, isyarat lapar inilah yg memberitahu manusia yg dia perlu makan.
Apa akan jadi jika mekanisma lapar itu rosak? Manusia tidak akan hidup lama kerana barangkali dia akan terlupa yg dia perlu makan untuk terus hidup. Apa yg pasti manusia akan melalui peringkat2 yg mana badan mereka akan sikit demi sedikit semakin kurus kering lemah dan akhirnya mati. Apa pula kena mengena makan dengan solat?
Makanan yg kita suap adalah makanan untuk jasmani/jasad, solat adalah makanan untuk rohani, makanan untuk roh. Apabila anda melihat tangan, badan dan kaki anda, anda berkata "tangan aku", "badan aku", "kaki aku", akan tetapi "aku"itu dimana? Neurosaintis mencari dimanakan letaknya "aku" itu didalam otak akan tetapi tidak ditemui walaupun teknologi manusia dizaman ini amat canggih. Manusia yg dipanggil "aku" itu hanya menumpang pada jasad yg diamanahkan oleh Allah untuk menjalankan tugasnya sebagai khalifah dimuka bumi. Jasad akan busuk dan reput ditelan bumi setelah mati, hanya roh sahaja yg akan kekal dan bertemu denganNya.
Apa yg terjadi dizaman ini manusia sibuk memberi makan kepada jasad tetapi tidak memberi makan kepada roh. Solat yg berkualiti akan membina roh yg sihat dan mantap dan boleh menjalankan kerja2nya sebagai khalifah dimuka bumi dengan lebih berkesan dan akan menyiapkan diri untuk bertemu denganNya andaikata dicabut nyawa pada bila2 masa.
Apakah signal lapar bagi keperluan untuk bersolat itu? Jawapannya "iman". Jika semua manusia itu beriman maka tidak akan timbul persoalan rasionalnya untuk bersolat. Umat akhir zaman imannya semakin nipis jadi signal "lapar" untuk bersolat dan memberi makan kepada roh itu sudah tiada, sebab itu lah kehidupan didunia ini semakin hari semakin menuju kehancuran.
Fikir2kan...
Salam Bicara...
No comments:
Post a Comment